Cara Menentukan Harga Jual Kek Lapis Premium

Bagaimana nak kira harga jualan untuk sebiji kek lapis?
Boleh rujuk formula saya sediakan dibawah
.
COGS (cost of goods sold) = langkah penting menentukan harga jual
.
Banyak barang dah naik harga yang join pjj ctrog boleh check balik COGS korang.
Harga bahan dalam nota tidak di update ikut harga semasa.
Untuk kira harga jual kek lapis campur/mix pack rujuk gambar dibawah.
.
Formula kira COGS
———————————–
.
SENARAI BAHAN KEK
RM23.60 – 500g pure butter
RM0.67 – 150g Gula kastor
RM0.60 – 30g ovalette
RM0.50 – 1 tbsp essence vanilla
RM4.50 – 10 biji telur segar gred A
RM4.99 – 100g horlicks
RM0.78 – 100g susu pekat
RM2.70 – 150g tepung susu
RM2.48 – 200g tepung hong kong
RM24.5 – 500g Nutella spread
———————————————-
RM65.32 – Harga bahan kek (anggaran)
———————————————-
CARA KIRA HARGA BAHAN IKUT SUKATAN YANG DIGUNA
Contoh:
Gula kastor 1kg = RM4.50
Harga gula kastor 100g
RM4.50/1000g = RM0.0045
.
Jumlah gula kastor yang diguna 150g
RM0.0045 x 150g = RM0.675
.
Guna formula diatas untuk kira harga semua sukatan bahan yang diguna. Jika dalam unit mililiter tukar ke unit gram untuk lebih mudah kira. 100ml = 100g
.
KOS PEMBUATAN KEK
RM30 – Gaji (buat kek)
RM25 – Utilities (letrik, air, sticker, bekas kek, cling wrap etc)
—————————————————————–
RM55.00 – kos pembuatan kek (anggaran)
—————————————————————–
.
KIRAAN KOS SEBIJI KEK SIAP
RM65.32 – Harga bahan kek
RM55.00 – kos pembuatan kek
————————————-
RM120.32 – kos sebiji kek siap
————————————-
.
KIRAAN UNTUNG SEBIJI KEK SIAP
30% untung (profit) x RM120.32 (kos sebiji kek siap) = RM36.09
.
KIRAAN HARGA JUALAN SEBIJI KEK
RM65.32 – Harga bahan kek (anggaran)
RM55.00 – kos pembuatan kek (anggaran)
RM36.09 – 30% untung
————————————————-
RM156.41 – adalah harga jualan sebiji kek
————————————————–
Note: untuk harga half kek atau loaves bahagi kan harga kek sebiji mengikut jumlah loaves/potongan.
.
May be an image of text that says 'Anggaran sebijik kek RM215.84 Sebijik kek terpulang nak potong ke bahagian, 4 bahagian atau potong kecik terus pon boleh, asal sendiri paham Potong loaves loaf RM72 Potong dari saiz loaf lebih senang nak kira berbanding saiz sebijik kek Lapis Victoria 4pcs RM4.80= =RM19.20 + Lapis AsamManis Gian Dah dapat potongan ni, kira harga seloaf bahagi dengan jumlah potong. Cth: RM72/15 pcs RM4. 80 sepotong. + Kek Dandy 6pcs RM2.10= RM12.60 Harga sebekas pack campuran RM43 RM43 belum campur harga plastic bekas, sticker termasuk upah potong kek.'